Jumaat, 12 September 2008

Uniknya Kuala Krai

Sepanjang saya di sini, dalam pemerhatian saya, Kuala Krai ini unik dan pelbagai contohnya :-
  • Dari dulu hingga sekarang hanya seorang sahaja anak tempatan yang dapat mengetuai pimpinan UMNO Bahagian
  • Ahli Parlimen dari pelbagai parti, Pas ada, UMNO ada dan kalau dulu BERJASA pun ada.
  • Kuala Krai mula membangun, Kalau dulu hanya Econjaya, sekarang 2008 , Bilal dah dibuka, Pasaraya Ten-Ten, KFC pun dah ada, Ceria 99 sampai 2 buah. Bermula dengan Sekolah Vokasional kemudian tukar ke Sekolah Teknik, buka pula MRSM. Mulanya PPD pindah ke pejabat sendiri, kini Mahkamah pun ada bangunan sendiri. Dari segi Projek Perumahan pula, Taman Guchil Jaya, Taman Sri Guchil, Taman KSM, Taman Kim Bee, Taman Orkid, Taman Kubang Lebor, Taman Melati,Taman Guru. Kalau penempatan pula, dah wujud kg baru Sri Rahmat, Kg Baru depan loji air,sepanjang jalan kubang lebor-batu lada. Sekolah pula dah naik SYP 2, SMK 2 dan ada cadangan Sekolah Wawasan di KM 5, Jalan Kuala Krai-Gua Musang.
  • Wakil Rakyat sekarang, Ahli Parlimen- Pas- orang luar ( Pahang ) ADUN Guchil- PKR- orang Kota Bharu, ADUN Manek Urai- Orang Lama Pas ( Gedeber ), ADUN Mengkebang- Cikgu Pondok- Pas, ADUN Dabong- Anak tempatan - Pas.

Ahad, 7 September 2008

KUALA KRAI MULA MENYINAR

Kuala Krai adalah satu bandar yang mempunyai sejarah yang tersendiri. Wujud dari tahun 1950an dan kini sedang pesat membangun. Perkembangannya terdorong akibat dari kedudukannya di tengah-tengah laluan antara pantai timor ke selatan termasuk ke Ibu Kota Kuala Lumpur. Setelah menjangkau usia lima pulohan , kematangan nya semakin terserlah.
KUALA KRAI MULAI MENYINAR

Putrakkrai