Jumaat, 12 September 2008

Uniknya Kuala Krai

Sepanjang saya di sini, dalam pemerhatian saya, Kuala Krai ini unik dan pelbagai contohnya :-
  • Dari dulu hingga sekarang hanya seorang sahaja anak tempatan yang dapat mengetuai pimpinan UMNO Bahagian
  • Ahli Parlimen dari pelbagai parti, Pas ada, UMNO ada dan kalau dulu BERJASA pun ada.
  • Kuala Krai mula membangun, Kalau dulu hanya Econjaya, sekarang 2008 , Bilal dah dibuka, Pasaraya Ten-Ten, KFC pun dah ada, Ceria 99 sampai 2 buah. Bermula dengan Sekolah Vokasional kemudian tukar ke Sekolah Teknik, buka pula MRSM. Mulanya PPD pindah ke pejabat sendiri, kini Mahkamah pun ada bangunan sendiri. Dari segi Projek Perumahan pula, Taman Guchil Jaya, Taman Sri Guchil, Taman KSM, Taman Kim Bee, Taman Orkid, Taman Kubang Lebor, Taman Melati,Taman Guru. Kalau penempatan pula, dah wujud kg baru Sri Rahmat, Kg Baru depan loji air,sepanjang jalan kubang lebor-batu lada. Sekolah pula dah naik SYP 2, SMK 2 dan ada cadangan Sekolah Wawasan di KM 5, Jalan Kuala Krai-Gua Musang.
  • Wakil Rakyat sekarang, Ahli Parlimen- Pas- orang luar ( Pahang ) ADUN Guchil- PKR- orang Kota Bharu, ADUN Manek Urai- Orang Lama Pas ( Gedeber ), ADUN Mengkebang- Cikgu Pondok- Pas, ADUN Dabong- Anak tempatan - Pas.

7 ulasan:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

NEGARA DAH MERDEKA. KUALA KRAI MASIH DIJAJAH OLEH PEMAIN IMPORT. TAK ADA JATIDIRI LAH.

Singh Is Kinng berkata...

Salam saudara,

Macam mana peluang Ramzi nak menang ketua bahagian, dengar cerita main bomoh sakan.

Kalau saudara ni memang betul anak jati Kuala Krai, baca luahan hati akar umbi, jangan sibuk dok pancing perwakilan untuk undi peringkat bahagian.

Kekalahan 5-0 baru-baru ni berpunca daripada undi protes kepada Dollah, yang secara am dilihat sebagai beban kepada UMNO dan BN. Tapi pengipas Dollah macam Ramzi masih tak sedar diri.

Carilah anak tempatan yang boleh betul-betul bersuara untuk bahagian.

Salam perjuangan.

putrakkrai berkata...

Siapa Ketua tak penting , janji pemimpin yang ada tanggungjawab. Kalau Pak Lah dah tak larat , biarlah dia yang buat keputusannya lagipun takkan lah Pak Lah tak ada jasa langsung. Sehingga hari ini dia masih pemimpin dan dia juga dah terima macam-macam komen tentang dirinya jadi biarlah keputusan itu dibuat olehnya. Sebagai rakyar saya bersetuju pada semua pemimpin yang boleh memimpin, jangan sampai hendak jual negara sudahlah. Lagipun mana ada manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad SAW. Dia buat setakat yang dia mampu. Kita perlu komen apa yang perlu kita komen sahaja. Yang lain terserah kepada empunya diri.

putrakkrai berkata...

Kadang-kadang terfikir oleh saya ada baiknya import pemain daripada pemain tempatan kerana kehadiran mereka akan mengajar pemain tempatan supaya lebih pandai berdikari, lagipun anak tempatan memang setakat ini masih belum ada yang benar-benar berbakat, belajar dulu. Kata orang tua-tua, bomoh luar lebih efisien dari bomoh tempatan kerana dah kenal sangat.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

BETUL TU HARAP ANAK TEMPATAN MACAM TOK WAN ZAID TU... JADI PENGERUSI KESEDAR LAGI... MASA UMNO SEMUA MENANG DI KELANTAN... DIA TAK RETI NAK MENANG DI DUN MANEK URAI TU. DIA NI TAK LEH TOLONG ORANG NAK LEMAS... BUKAN DIA NAK KASI SELAMAT... DIHENYEK LAGI ADALAH... BIAR KITA LEMAS MAKAN AIR... DAN MAMPUS.. MACAM OTAI MASA DULU2LAH... LANSUNG TOK WAN TAK SUPPORT... WALHAL OTAI ANAK JATI K KRAI...DARI KG LUBOK SIMPOL LAGI...
TAHNIAH PUTRA... TEGAKKAN KEBENARAN... HIDUP TOK ZI!

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

BETUL TU HARAP ANAK TEMPATAN MACAM TOK WAN ZAID TU... JADI PENGERUSI KESEDAR LAGI... MASA UMNO SEMUA MENANG DI KELANTAN... DIA TAK RETI NAK MENANG DI DUN MANEK URAI TU. DIA NI TAK LEH TOLONG ORANG NAK LEMAS... BUKAN DIA NAK KASI SELAMAT... DIHENYEK LAGI ADALAH... BIAR KITA LEMAS MAKAN AIR... DAN MAMPUS.. MACAM OTAI MASA DULU2LAH... LANSUNG TOK WAN TAK SUPPORT... WALHAL OTAI ANAK JATI K KRAI...DARI KG LUBOK SIMPOL LAGI...
TAHNIAH PUTRA... TEGAKKAN KEBENARAN... HIDUP TOK ZI!

azlishukri berkata...

salam singgah..